Mengenai Kami

Perpustakaan Al-Ghazali telah beroperasi selaras dengan penubuhan Kampus Utama Universiti Islam Melaka (UNIMEL), dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Bangunan Perpustakaan ini telah siap diubahsuai pada 08 Ogos 2012, di mana pengubahsuaian ini telah dilaksanakan selari dengan keperluan fasiliti sesebuah perpustakaan di Institusi Pengajian Tinggi.

Dari aspek pembangunan koleksi, Perpustakaan UNIMEL memiliki lebih daripada 20,000 koleksi buku, ensiklopedia, kamus, jurnal, tesis, bahan-bahan audio visual, dan pelbagai bahan bacaan yang releven dengan keperluan akademik para pengguna Perpustakaan UNIMEL.

Bangunan perpustakaan yang terdiri daripada 3 aras ini dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan dalam persekitaran yang kondusif bersesuaian dengan kehendak dan keselesaan para pengguna. Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh Perpustakaan UNIMEL dalam melaksanakan dan mencapai objektifnya seiring dengan visi Universiti Islam Melaka iaitu “menjadi pusat pengajian pilihan unggul yang berkualiti dalam membangunkan potensi individu melalui kepelbagaian tradisi ilmuan Islam dan keilmuan semasa”.