Objektif

  • Memperoleh dan membangunkan koleksi perpustakaan yang berkualiti dan berunsur ilmiah sejajar dengan keperluan akademik semasa dan akan datang.
  • Menyumbangkan para pengguna dengan maklumat dan informasi terkini, samada dalam bentuk bahan bercetak mahupun bahan bukan bercetak, dalam bidang pendidikan, penyelidikan, perbincangan berkaitan dengan bidang subjek, dan sebarang aktiviti berunsur akademik.
  • Menyediakan fasiliti dan kemudahan yang secukupnya kepada para pengguna bagi menyokong proses pendidikan, termasuklah pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan sebagainya.
  • Menjalinkan hubungan kerjasama dengan perpustakaan-perpustakaan di seluruh negara dan dunia bagi tujuan perkongsian sumber-sumber informasi untuk kemudahan para pengguna.