• Pengguna diwajibkan memakai Kad Pelajar / Pekerja / Ahli Luar semasa berada di dalam Perpustakaan UNIMEL.
  • Dilarang membawa masuk beg, bungkusan, makanan, minuman, dan payung ke dalam Perpustakaan. Sila simpan di loker yang disediakan.
  • Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan merujuk Peraturan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar UNIMEL.
  • Semua bahan yang hendak dibawa keluar dari Perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada kakitangan yang bertugas di Kaunter Sirkulasi dan Perkhidmatan Maklumat.
  • Tempat duduk tidak boleh ditempah. Buku dan fail yang sudah lama ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh kakitangan Perpustakaan untuk membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.
  • Dilarang berbual atau berbuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam Perpustakaan. Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan meninggalkan Perpustakaan.
  • Pengguna haruslah mengembalikan bahan yang telah digunakan ke rak khas atau troli yang disediakan. Jangan biarkan bahan tersebut bersepah di atas meja.
  • Pengguna yang membuat salinan bahan perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang tersabit dan bertentangan dengan Akta Hak Cipta 1987.
  • Pengguna yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat pengajian mesti memulangkan semula semua bahan yang dipinjam.
  • Pihak Perpustakaan UNIMEL berhak menambah dan meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa.