Perpustakaan Al-Ghazali telah beroperasi selaras dengan penubuhan Kampus Utama Universiti Islam Melaka (UNIMEL), dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Bangunan Perpustakaan ini telah siap diubahsuai pada 08 Ogos 2012, di mana pengubahsuaian ini telah dilaksanakan selari dengan keperluan fasiliti sesebuah perpustakaan di Institusi Pengajian Tinggi.
Dari aspek pembangunan koleksi, Perpustakaan UNIMEL memiliki lebih daripada 20,000 koleksi buku, ensiklopedia, kamus, jurnal, tesis, bahan-bahan audio visual, dan pelbagai bahan bacaan yang releven dengan keperluan akademik para pengguna Perpustakaan UNIMEL.
Bangunan perpustakaan yang terdiri daripada 3 aras ini dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan dalam persekitaran yang kondusif bersesuaian dengan kehendak dan keselesaan para pengguna. Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh Perpustakaan UNIMEL dalam melaksanakan dan mencapai objektifnya seiring dengan visi Universiti Islam Melaka iaitu “menjadi pusat pengajian pilihan unggul yang berkualiti dalam membangunkan potensi individu melalui kepelbagaian tradisi ilmuan Islam dan keilmuan semasa”.
Objektif
- Memperoleh dan membangunkan koleksi perpustakaan yang berkualiti dan berunsur ilmiah sejajar dengan keperluan akademik semasa dan akan datang.
- Menyumbangkan para pengguna dengan maklumat dan informasi terkini, samada dalam bentuk bahan bercetak mahupun bahan bukan bercetak, dalam bidang pendidikan, penyelidikan, perbincangan berkaitan dengan bidang subjek, dan sebarang aktiviti berunsur akademik.
- Menyediakan fasiliti dan kemudahan yang secukupnya kepada para pengguna bagi menyokong proses pendidikan, termasuklah pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan sebagainya.
Menjalinkan hubungan kerjasama dengan perpustakaan-perpustakaan di seluruh negara dan dunia bagi tujuan perkongsian sumber-sumber informasi untuk kemudahan para pengguna.
Piagam Pelanggan
Memberikan maklum balas terhadap segala pertanyaan, aduan dan permintaan daripada pelanggan dalam tempoh 30 minit.
Melaksanakan proses peminjaman dan pemulangan buku dalam tempoh kurang dari 5 minit.
Menyusun semula buku yang dipulangkan oleh pengguna dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Menguruskan proses pinjaman antara perpustakaan dalam tempoh dua (2) minggu.
Melaksanakan Kelas Literasi Maklumat mengikut jadual yang ditetapkan.