Bilik Perbincangan
- Terdapat empat buah Bilik Perbincangan yang disediakan di Aras Satu dan Aras Dua, Perpustakaan UNIMEL.
- Penggunaan Bilik Perbincangan ini adalah bagi tujuan perbincangan, pembentangan, dan lain-lain aktiviti akademik sahaja.
- Urusan tempahan Bilik Perbincangan boleh dibuat di Kaunter Rujukan, Aras Satu dan di Kaunter Perkhidmatan Maklumat, Aras Bawah.
- Setiap Bilik Perbincangan mampu memuatkan minimum 5 hingga ke maksimum 15 orang pada satu-satu masa dan tempoh masa penggunaan bilik ini adalah 2 jam.
- Tempahan dan penggunaan Bilik Perbincangan adalah terbuka buat semua warga UNIMEL.
Bilik Pascasiswazah
- Perpustakaan menyediakan satu unit Bilik Pascasiswazah yang terletak di Aras 1 untuk kegunaan akademik. Ruang ini disediakan secara eksklusif untuk para pelajar peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) sahaja bagi memudahkan urusan perbincangan atau kajian kumpulan. Bilik ini mempunyai kapasiti yang luas dan boleh memuatkan antara 5 hingga 10 orang pada satu-satu masa.
Bilik Tesis
- Perpustakaan UNIMEL mempunyai sebuah Bilik Rujukan Tesis di Aras Bawah yang menempatkan bahan-bahan ilmiah yang terdiri daripada koleksi tesis pelajar UNIMEL di peringkat Sarjana Muda (Bachelor Degree), Sarjana (Master), dan Doktor Falsafah (PhD).
- Koleksi tesis ini hanya boleh digunakan sebagai rujukan di dalam Bilik Rujukan Tesis.
- Bagi memudahkan pencarian koleksi tesis, para pengguna boleh merujuk kepada staf bertugas di Kaunter Perkhidmatan Maklumat di Aras Bawah untuk mendapatkan bahan tersebut.
- Penggunaan Bilik Rujukan Tesis ini adalah terbuka kepada warga UNIMEL sahaja.
Ruang Perbincangan
- Kemudahan Ruang Perbincangan ini disediakan di Aras Satu dan Aras Dua bangunan perpustakaan bagi memudahkan para pengguna untuk mengadakan perbincangan, rujukan, membuat tugasan, dan melakukan aktiviti-aktiviti ilmiah secara berkumpulan di ruangan yang terbuka.
Loker
- Pihak perpustakaan menyediakan kemudahan loker yang terletak di ruangan berhampiran pintu masuk utama perpustakaan untuk kegunaan harian.
- Loker terbuka disediakan di Aras Bawah bagi memudahkan para pengguna menempatkan beg, barangan persendirian, atau barang-barang yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
Sudut Santai
- Perpustakaan menyediakan Sudut Santai di Aras Bawah perpustakaan berdekatan dengan Kaunter Sirkulasi dan Perkhidmatan Maklumat.
- Tujuan Sudut Santai ini disediakan adalah bagi memudahkan para pengguna untuk membaca koleksi bacaan umum dan melakukan aktiviti santai di perpustakaan.
Wi-Fi
- Perpustakaan UNIMEL menyediakan kemudahan Wi-Fi (Internet tanpa wayar) di mana ruang rangkaian meliputi seluruh bangunan perpustakaan.
- Para pengguna yang menggunakan komputer riba (laptop) atau peranti pintar (smart device) boleh mengakses dan menggunakan Wi-Fi di perpustakaan, di mana para pengguna boleh mendapatkan kata laluan Wi-Fi daripada staf bertugas di Kaunter Perkhidmatan Maklumat.
Meja Karel
- Perpustakaan UNIMEL mempunyai kemudahan meja karel yang ditempatkan di Aras Satu dan Aras Dua bangunan perpustakaan.
- Kemudahan meja karel ini disediakan khusus untuk para pengguna yang ingin membuat rujukan, tugasan, atau aktiviti pembelajaran secara individu.
- Setiap meja karel hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna sahaja pada satu-satu masa.
Surau
- Perpustakaan UNIMEL menyediakan kemudahan surau bagi membolehkan para pengguna menunaikan ibadat di perpustakaan.
- Kemudahan surau ini terletak di Aras Satu bangunan perpustakaan yang terdiri daripada dua, iaitu surau lelaki dan surau perempuan.
- Kemudahan surau ini dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk dan penunjuk arah kiblat untuk kegunaan ibadat para pengguna Perpustakaan UNIMEL.
Student Lounge
Sirkulasi (Peminjaman & Pemulangan Buku)
- Perpustakaan UNIMEL menyediakan Kaunter Sirkulasi yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan bacaan perpustakaan.
- Para pengguna yang ingin meminjam bahan bacaan perpustakaan perlu ke Kaunter Sirkulasi terlebih dahulu bagi membolehkan staf bertugas memproses pinjaman dan pemulangan bahan bacaan.
- Proses sirkulasi dilaksanakan secara berkomputer, di mana para peminjam perlu mempamerkan kad pelajar/staf serta buku-buku yang hendak dipinjam kepada staf bertugas di Kaunter Sirkulasi perpustakaan.
- Perkhidmatan sirkulasi adalah terbuka kepada semua warga UNIMEL.
Carian Sumber
- Perpustakaan UNIMEL menyediakan perkhidmatan Web OPAC (Online Public Access Catalog), di mana para pengguna boleh mengakses Web OPAC di setiap aras perpustakaan untuk membuat carian bahan bacaan di perpustakaan
- Web OPAC merupakan katalog atas talian berasaskan web yang digunakan di perpustakaan bagi membuat carian koleksi bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.
OPAC 2
- Melalui penggunaan Web OPAC, para pengguna boleh membuat carian bahan bacaan sama ada melalui judul, subjek, penerbit, kata kunci, Item ID bahan bacaan, nombor ISBN (International Standard Book Number), nombor panggilan (call nombor), atau pengarang.
- Hasil carian tersebut akan memaparkan butiran maklumat bibliografi bahan bacaan yang diperlukan oleh para pengguna bagi mendapatkan status pinjaman serta lokasi bahan bacaan di dalam perpustakaan.
Percetakan & Fotokopi
- Perpustakaan menyediakan kemudahan percetakan dan fotokopi di Kaunter Perkhidmatan Maklumat di Aras Satu perpustakaan untuk para pengguna perpustakaan.
Pinjaman antara Perpustakaan
- Perpustakaan UNIMEL menyediakan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (inter library loan) kepada para pengguna yang ingin meminjam bahan bacaan dari perpustakaan lain.
- Perkhidmatan ini disediakan khusus bagi mendapatkan bahan bacaan yang tidak terdapat di dalam perpustakaan UNIMEL.
- Pihak perpustakaan UNIMEL bertanggungjawab membantu para pengguna yang ingin meminjam bahan bacaan dari perpustakaan luar jika bahan bacaan tersebut tiada dalam koleksi perpustakaan UNIMEL.
- Perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan merupakan satu inisiatif pihak perpustakaan bagi memenuhi kehendak para pengguna perpustakaan dalam mendapatkan capaian maklumat dan bahan bacaan.
- Perkhidmatan ini terbuka kepada warga UNIMEL dan ahli luar perpustakaan UNIMEL.
Tempahan Ruang Perpustakaan
Kami menyediakan ruang yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran kolaboratif anda:
Ketersediaan Bilik:
4 Unit Bilik Perbincangan Umum
1 Unit Bilik Pascasiswazah
Prosedur Tempahan: Sila kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan Perpustakaan Al-Ghazali untuk melakukan tempahan.
Maklumat Diperlukan: Pemohon perlu mengemukakan butiran berikut:
Nama Penuh
Nombor Matrik / Nombor Staf
Nombor Telefon (untuk dihubungi)
Turnitin
Pihak Perpustakaan menyediakan perkhidmatan akses Turnitin bagi membantu para pelajar dan staf akademik memastikan kualiti dan ketulenan penulisan ilmiah. Perisian ini bertujuan untuk mengesan tahap kesamaan (similarity index) dalam tugasan, disertasi, atau tesis bagi mengelakkan isu plagiarisme. Pengguna yang ingin mendapatkan khidmat semakan atau bantuan teknikal mengenai akaun Turnitin boleh merujuk Kaunter Perkhidmatan Maklumat Perpustakaan. Sila bawa bersama maklumat peribadi dan dokumen dalam format digital untuk tujuan urusan tersebut.
Koleksi Rak Terbuka
- Memiliki koleksi berjumlah melebihi 20,000 buah bahan bacaan dan terdiri daripada pelbagai bidang akademik.
- Koleksi Rak Terbuka ini terletak di Aras Dua bangunan perpustakaan, berlabel hijau dan boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan.
- Para pengguna perpustakaan boleh klik DI SINI untuk membuat carian bahan bacaan Perpustakaan Al-Ghazali secara atas talian.
- Jika ingin membuat carian bahan bacaan di perpustakaan lain, para pengguna perpustakaan boleh klik DI SINI.
Koleksi "Red Spot"
- Koleksi Rujukan ini terletak di Aras Satu bangunan perpustakaan.
- Koleksi ini terdiri daripada jurnal, kamus, kitab, dan ensiklopedia.
- Koleksi ini berlabel merah dan boleh dirujuk oleh pengguna perpustakaan, namun koleksi ini tidak boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan.
Koleksi Tesis
- Koleksi tesis merupakan himpunan penulisan akademik atau penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar sebagai syarat untuk penganugerahan ijazah akademik, khususnya di peringkat pascasiswazah, iaitu Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD).
- Kandungan tesis ini meliputi hasil penyelidikan, metodologi, analisis data, dan penemuan baharu yang dijalankan sendiri oleh penulis (original research).
- Koleksi ini boleh dirujuk oleh pengguna perpustakaan, namun koleksi ini tidak boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan.
Berita

“JOM BACA BERSAMA” – MEMBACA MENGGEMBIRAKAN WARGA UNIMEL
📅 23 April 2026Dalam usaha menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh amalan membaca dalam kalangan warga universiti, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah menganjurkan program…
Baca Selanjutnya →
ERATKAN SILATURAHIM: 200 PELAJAR RAIKAN SAMBUTAN HARI RAYA HEPA BERSAMA MPP DI UNIMEL
📅 15 April 2026Suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah menyelubungi Kafe Souq An Nur, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) apabila Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal…
Baca Selanjutnya →
UNIMEL RAIH PENGIKTIRAFAN TALENTBANK 2026, GRADUAN TERUS JADI PILIHAN INDUSTRI!
📅 11 April 2026Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus melakar sejarah sekali lagi apabila menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah TalentBank 2026 di Kuala Lumpur,…
Baca Selanjutnya →
MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025 PROGRAM TAHFIZ BESTARI UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)
📅 1 April 2026Telah berlangsung Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2025 Pelajar Tahfiz Bestari UNIMEL. Majlis penyampaian keputusan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof.…
Baca Selanjutnya →
PILIHAN RAYA KAMPUS 2026: MAHASISWA UNIMEL CETUS GELOMBANG KEPIMPINAN BAHARU BERTERASKAN H.E.R.O
📅 2 February 2026KUALA SUNGAI BARU, 2 Februari 2026 – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh budaya demokrasi kampus apabila Pilihan Raya Kampus…
Baca Selanjutnya →
KAMPUS SEJAHTERA: UNIMEL TRANSFORMASI LANDSKAP HIJAU, PACU AGENDA SDG MENERUSI MIKROMOBILITI
📅 27 January 2026Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus melangkah ke hadapan sebagai kampus lestari dengan pelaksanaan inisiatif mikromobiliti elektrik (e-bike) dan pemerkasaan landskap…
Baca Selanjutnya →

















