Perpustakaan UNIMEL menyediakan perkhidmatan Web OPAC (Online Public Access Catalog), di mana para pengguna boleh mengakses Web OPAC di setiap aras perpustakaan untuk membuat carian bahan bacaan di perpustakaan.

Web OPAC merupakan katalog atas talian berasaskan web yang digunakan di perpustakaan bagi membuat carian koleksi bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.

Melalui penggunaan Web OPAC, para pengguna boleh membuat carian bahan bacaan sama ada melalui judul, subjek, penerbit, kata kunci, Item ID bahan bacaan, nombor ISBN (International Standard Book Number), nombor panggilan (call nombor), atau pengarang.

Hasil carian tersebut akan memaparkan butiran maklumat bibliografi bahan bacaan yang diperlukan oleh para pengguna bagi mendapatkan status pinjaman serta lokasi bahan bacaan di dalam perpustakaan.