Perpustakaan UNIMEL menyediakan Kaunter Sirkulasi yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan bacaan perpustakaan.

Proses sirkulasi dilaksanakan secara berkomputer, di mana para peminjam perlu mempamerkan kad pelajar/staf serta buku-buku yang hendak dipinjam kepada staf bertugas di Kaunter Sirkulasi perpustakaan.

Para pengguna yang ingin meminjam bahan bacaan perpustakaan perlu ke Kaunter Sirkulasi terlebih dahulu bagi membolehkan staf bertugas memproses pinjaman dan pemulangan bahan bacaan.

Perkhidmatan sirkulasi adalah terbuka kepada semua warga UNIMEL.