Perpustakaan UNIMEL menyediakan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (inter library loan) kepada para pengguna yang ingin meminjam bahan bacaan dari perpustakaan lain.

Perkhidmatan ini disediakan khusus bagi mendapatkan bahan bacaan yang tidak terdapat di dalam perpustakaan UNIMEL.

Pihak perpustakaan UNIMEL bertanggungjawab membantu para pengguna yang ingin meminjam bahan bacaan dari perpustakaan luar jika bahan bacaan tersebut tiada dalam koleksi perpustakaan UNIMEL.

Perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan merupakan satu inisiatif pihak perpustakaan bagi memenuhi kehendak para pengguna perpustakaan dalam mendapatkan capaian maklumat dan bahan bacaan.

Perkhidmatan ini terbuka kepada warga UNIMEL dan ahli luar perpustakaan UNIMEL.