Kelas Literasi Maklumat merupakan satu bentuk perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan UNIMEL, di mana para pengguna diberikan pendedahan dan bimbingan secara terus tentang kaedah pencarian maklumat di perpustakaan UNIMEL.

Tujuan perpustakaan menyediakan Kelas Literasi Maklumat adalah bagi membina dan mengasah kemahiran para pengguna khususnya pelajar dalam mengakses sumber maklumat secara efisyen dan cekap.

Perkhidmatan ini bermatlamat untuk mendidik para pengguna melalui kaedah self-learning (pembelajaran sendiri) supaya lebih berdikari dalam proses pencarian dan mengakses bahan rujukan bercetak dan elektronik samada di perpustakaan atau secara atas talian.

Kelas Literasi Maklumat dilaksanakan secara berjadual dan juga mengikut permintaan pensyarah atau pelajar UNIMEL.

Perkhidmatan Kelas Literasi Maklumat ini terbuka kepada warga UNIMEL, iaitu pelajar dan pensyarah UNIMEL sahaja.