Bilik Perbincangan

  • Terdapat empat buah Bilik Perbincangan yang disediakan di Aras Satu dan Aras Dua, Perpustakaan UNIMEL.
  • Penggunaan Bilik Perbincangan ini adalah bagi tujuan perbincangan, pembentangan, dan lain-lain aktiviti akademik sahaja.
  • Urusan tempahan Bilik Perbincangan boleh dibuat di Kaunter Rujukan, Aras Satu dan di Kaunter Perkhidmatan Maklumat, Aras Bawah.
  • Setiap Bilik Perbincangan mampu memuatkan minimum 5 hingga ke maksimum 15 orang pada satu-satu masa dan tempoh masa penggunaan bilik ini adalah 2 jam.
  • Tempahan dan penggunaan Bilik Perbincangan adalah percuma dan terbuka buat semua warga UNIMEL.

 

Bilik Komputer Berinternet

  • Perpustakaan UNIMEL menyediakan kemudahan Bilik Komputer yang dilengkapi dengan beberapa buah komputer serta kemudahan Internet.
  • Para pengguna boleh membuat tempahan di Kaunter Perkhidmatan Maklumat dan menggunakan komputer di Aras Bawah, Perpustakaan UNIMEL.
  • Bilik Komputer ini disediakan bagi tujuan pencarian maklumat di perpustakaan, pangkalan data atas talian (online database), serta lain-lain sumber ilmiah.
  • Bilik Komputer juga digunakan bagi tujuan Kelas Literasi Maklumat atau lain-lain aktiviti yang memerlukan penggunaan komputer.
  • Akses penggunaan Bilik Komputer adalah terbuka kepada warga UNIMEL, khususnya pelajar dan pensyarah.

 

Bilik Rujukan Tesis

  • Perpustakaan UNIMEL mempunyai sebuah Bilik Rujukan Tesis di Aras Bawah yang menempatkan bahan-bahan ilmiah yang terdiri daripada koleksi tesis pelajar UNIMEL di peringkat Sarjana Muda (Bachelor Degree), Sarjana (Master), dan Doktor Falsafah (PhD).
  • Koleksi tesis ini hanya boleh digunakan sebagai rujukan di dalam Bilik Rujukan Tesis.
  • Bagi memudahkan pencarian koleksi tesis, para pengguna boleh merujuk kepada staf bertugas di Kaunter Perkhidmatan Maklumat di Aras Bawah untuk mendapatkan bahan tersebut.
  • Penggunaan Bilik Rujukan Tesis ini adalah terbuka kepada warga UNIMEL sahaja.

 

Bilik Pascasiswazah

 

Loker

  • Pihak perpustakaan menyediakan kemudahan loker yang terletak di ruangan berhampiran pintu masuk utama perpustakaan untuk kegunaan harian.
  • Loker terbuka disediakan di Aras Bawah bagi memudahkan para pengguna menempatkan beg, barangan persendirian, atau barang-barang yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan.

 

Sudut Santai

  • Perpustakaan menyediakan Sudut Santai di Aras Bawah perpustakaan berdekatan dengan Kaunter Sirkulasi dan Perkhidmatan Maklumat.
  • Tujuan Sudut Santai ini disediakan adalah bagi memudahkan para pengguna untuk membaca koleksi bacaan umum dan melakukan aktiviti santai di perpustakaan.

 

Wi-Fi

  • Perpustakaan UNIMEL menyediakan kemudahan Wi-Fi (Internet tanpa wayar) di mana ruang rangkaian meliputi seluruh bangunan perpustakaan.
  • Para pengguna yang menggunakan komputer riba (laptop) atau peranti pintar (smart device) boleh mengakses dan menggunakan Wi-Fi di perpustakaan, di mana para pengguna boleh mendapatkan kata laluan Wi-Fi daripada staf bertugas di Kaunter Perkhidmatan Maklumat.

 

Percetakan dan Fotokopi

  • Perpustakaan menyediakan kemudahan percetakan dan fotokopi di Kaunter Perkhidmatan Maklumat di Aras Satu perpustakaan untuk para pengguna perpustakaan.

 

Meja Karel

  • Perpustakaan UNIMEL mempunyai kemudahan meja karel yang ditempatkan di Aras Satu dan Aras Dua bangunan perpustakaan.
  • Kemudahan meja karel ini disediakan khusus untuk para pengguna yang ingin membuat rujukan, tugasan, atau aktiviti pembelajaran secara individu.
  • Setiap meja karel hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna sahaja pada satu-satu masa.

 

Ruang Perbincangan

  • Kemudahan Ruang Perbincangan ini disediakan di Aras Satu dan Aras Dua bangunan perpustakaan bagi memudahkan para pengguna untuk mengadakan perbincangan, rujukan, membuat tugasan, dan melakukan aktiviti-aktiviti ilmiah secara berkumpulan di ruangan yang terbuka.

 

Surau

  • Perpustakaan UNIMEL menyediakan kemudahan surau bagi membolehkan para pengguna menunaikan ibadat di perpustakaan.
  • Kemudahan surau ini terletak di Aras Satu bangunan perpustakaan yang terdiri daripada dua, iaitu surau lelaki dan surau perempuan.
  • Kemudahan surau ini dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk dan penunjuk arah kiblat untuk kegunaan ibadat para pengguna Perpustakaan UNIMEL.