Perkhidmatan maklumat yang disediakan di Perpustakaan UNIMEL bertanggungjawab membantu para pengguna yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan koleksi dan perkhidmatan di perpustakaan.
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan maklumat sebagai platform bagi menjawab permintaan dan pertanyaan para pengguna perihal perpustakaan.
Kaunter Perkhidmatan Maklumat turut disediakan bagi memudahkan urusan menyampaikan informasi kepada para pengguna berkenaan perpustakaan.
Para pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rujukan daripada staf bertugas berkaitan bahan bacaan dan perkhidmatan sedia ada di perpustakaan.
Perkhidmatan maklumat ini adalah terbuka kepada semua warga UNIMEL dan juga para pengunjung perpustakaan.